Wiki ng New BoBoiBoy
Advertisement
BoBoiBoy Galaxy Episode 1 Season 1
Minion Makanan menyerang
petsa
ng publication
11 November, 2016 (YouTube Monsta) (Bahagian 1)
25 November, 2016 (TV3: Episod Penuh dan YouTube Monsta: Bahagian 2)
tagal
display
2:46 (Bahagian 1)
14:38 (Bahagian 2)
Episode Guide
Nakaraan
BoBoiBoy: The Movie
Susunod
Galaxy Episode 2

Ini merupakan episod pertama BoBoiBoy Galaxy. Previu episod ini dimuat naik ke YouTube pada 11 November 2016, manakala tayangan perdana di TV3 adalah pada 25 November 2016.

Plot[]

Kapten Lanun sedang memburu Komander Koko Ci dan MotoBot di angkasa lepas. Kapal angkasa Cici Ko telah berjaya menyembunyikan diri dari pemburu Power Sphera tersebut di belakang sebuah asteroid. Terdesak mencari pertolongan, Cici Ko segera menghubungi BoBoiBoy untuk meminta pertolongan.

Sementara itu, di planet Bumi, tiga orang kanak-kanak sedang bermain bola sepak di padang berdekatan Tok Aba's Kokotiam. Seorang daripadanya berangan ingin menjadi seperti BoBoiBoy, superhero Bumi. BoBoiBoy dan Gopal memerhatikan mereka dari kedai Tok Aba. Gopal berasa cemburu dengan populariti BoBoiBoy. Gopal mempersoalkan kewajaran Ochobot memberi kuasa elemental kepada BoBoiBoy, namun Ochobot membidas dengan kesanggupan Gopal untuk menukar kuasa makanannya.

BoBoiBoy mula bertanya adakah mereka tidak bosan kerana sudah lama tidak menjadi superhero. Gopal membalas dengan menukarkan meja menjadi makanan lalu dimarahi Tok Aba. BoBoiBoy berkata kali terakhir beliau menggunakan kuasanya adalah pada tiga minggu lepas, untuk menolong kucing. Tok Aba menyuruh BoBoiBoy bersyukur, dan BoBoiBoy rasa tidak seronok apabila kuasa tidak digunakan selalu. Tiba-tiba, kanak-kanak yang bermain bola meminta bantuan BoBoiBoy untuk mengambil bola yang tersangkut di dahan pokok.

Sementara itu, Kapten Lanun masih mencari lokasi kapal angkasa Cici Ko. Dia meminta konconya untuk memintas komunikasi mereka dan berjaya. Apabila Cici Ko sedar mereka dapat memintas komunikasi mereka, beliau segera menyamar menjadi budak suruhan. Apabila Kapten Lanun melihat Cici Ko, beliau menyuruh Cici Ko untuk memanggil kapten kapal tersebut. Apabila air tertumpah ke tempat kawalan komunikasi, komunikasi terputus. Kapten Lanun begitu marah dengan sikap Cici Ko. Cici Ko segera menghubungi Ochobot.

Di Bumi, BoBoiBoy dan Gopal berebut untuk menolong kanak-kanak tersebut. Namun, budak tersebut inginkan BoBoiBoy yang menolongnya. BoBoiBoy segera bertukar menjadi BoBoiBoy Kidlat. Gopal cuba menghalang namun terkena renjatan elektrik. BoBoiBoy terus bergerak ke dahan pokok dan cuba mengambil bola tersebut dengan berhati-hati. Tiba-tiba, Gopal tukarkan pokok menjadi gula-gula pusing. BoBoiBoy Petir terjatuh akibat gula-gula yang patah bersama-sama bola tersebut. Bola bergolek ke arah Gopal namun dihalang oleh BoBoiBoy Hangin. Gopal merasa sangat tidak puas hati lalu menyerang menggunakan kuasa tembakan makanannya. BoBoiBoy Lupa menggunakan Earth Barrier untuk melindungi bola tersebut, namun tembakan Gopal terkena dan akhirnya bola tersebut menjadi cekodok.

Budak tersebut menangis dan melarikan diri bersama dua lagi rakannya. Ochobot menyalahkan mereka berdua kerana terlalu terdesak untuk menolong orang lain. Tiba-tiba, Ochobot seolah-olah terkena renjatan elektrik. Gopal mula risau tetapi Ochobot memberitahu bahawa beliau tidak apa-apa. Hologram Cici Ko terpampang di depan mata mereka berdua. Cici Ko meminta bantuan BoBoiBoy dan memohon Ochobot untuk bukakan teleportal di Bumi. BoBoiBoy bertanya siapa di sebelah Cici Ko, namun Cici Ko memberitahu bahawa beliau akan cerita kemudian.

Teleportal berjaya dibuka namun Space Pirates terperasan akan kewujudan teleportal di hadapan mereka. Kapal angkasa Cici Ko memecut laju dan hampir berjaya keluar dari teleportal, namun dihalang oleh Lanun Angkasa. Mereka melepaskan lembing pencangkuk dan menyuruh Pirate Minion pergi ke kapal angkasa Cici Ko. Cici Ko meminta tolong kepada BoBoiBoy.

BoBoiBoy berasa teruja untuk menolong, lalu terus bertukar menjadi BoBoiBoy Angin, kemudian menggunakan kuasa Tolakan Angin untuk menerbangkan konco-konco Lanun Angkasa. Serangan Bebola Angin digunakan untuk konco yang terakhir. Konco tersebut sempat menembak BoBoiBoy. BoBoiBoy terjatuh namun bertukar menjadi BoBoiBoy Petir dan menggunakan kuasa Pedang Petir. Konco tersebut ingin menyerang menggunakan senjata tajam, namun ia sempat ditukar menjadi lolipop. Gopal terus menggunakan kuasanya dengan menembak ke tali yang menyekat kapal angkasa Cici Ko dan menukarkannya kepada spageti.

Namun, sebahagian badan kapal angkasa Cici Ko juga ditukarkan kepada makanan. Konco tersebut dapat masuk ke dalam kapal angkasa tersebut. Apabila mereka masuk dan cuba menyerang Cici Ko dan MotoBot, mereka dihalang oleh BoBoiBoy Petir. Selepas keluar dari kapal angkasa, BoBoiBoy tengah bersiap sedia berlawan dengan konco-konco yang bangkit melawan. BoBoiBoy terus menggunakan kuasa tiganya untuk menghapuskan mereka, dan diakhiri dengan pemotongan tali terakhir yang menghalang kapal angkasa Cici Ko.

Kapten Lanun bertindak pantas dengan melepaskan cangkuknya kepada kapal angkasa tersebut, namun berjaya diputuskan apabila teleportal ditutup. Kapten Lanun berasa amat marah dan berazam untuk mencari BoBoiBoy sampai dapat. Walau bagaimanapun, kapal angkasa tersebut tidak dapat dikawal dan terhempas ke bawah menghala ke Gopal. Gopal melarikan diri menghala ke Tok Aba's Kokotiam, dengan Tok Aba juga terkejut dengan kehadiran kapal angkasa tersebut. Kapal angkasa itu dapat dihentikan betul-betul selepas terkena pipi Gopal lalu pengsan.

Di kedai Tok Aba, Cici Ko mengucapkan terima kasih kepada BoBoiBoy kerana membantu beliau. BoBoiBoy bertanya kenapa mereka ingin menangkap Cici Ko, dan Cici Ko menjawab seperti biasa, mereka inginkan power-power sphera seperti MotoBot. BoBoiBoy tertanya-tanya apa kuasa MotoBot, lalu MotoBot menjawab beliau mempunyai teknologi untuk menghasilkan kenderaan.

Gopal yang baru tersedar dari pengsan masih trauma dengan peristiwa tadi. Selepas yakin beliau masih hidup, Gopal terus memesan coklat tarik kepada Tok Aba. Cici Ko dan MotoBot memperkenalkan diri kepada Gopal. Gopal teruja apabila mengetahui MotoBot adalah power sphera kenderaan lalu meminta kereta sebiji. Ochobot mengeluh mengatakan bahawa Gopal belum ada lesen, namun BoBoiBoy juga inginkan motosikal daripada MotoBot.

Namun, Cici Ko berkata Power Sphera tidak boleh digunakan sesuka hati atau mereka sama sahaja seperti Lanun Angkasa yang lain. Cici Ko terus menerangkan bahawa banyak Power Sphera bertaburan di sekitar galaksi dan ramai yang ingin menangkap mereka untuk kepentingan peribadi. Jadi, Cici Ko mendedahkan bahawa beliau adalah komander pasukan TAPOPS (Tracker and Protector of Power Spheras). Mereka bertanya apa tugas TAPOPS, namun Cici Ko terus menyanyi dan menari:

TAPOPS mengembara satu galaksi,
Mencari Power Sphera untuk dilindungi,
Power Sphera tak boleh salah guna,
Oleh si alien, si alien, si alien,
DURJANA!

TAPOPS mengembara satu galaksi,
Mencari Power Sphera untuk dilindungi,
TAPOPS mengembara satu galaksi!

Selepas lagu tersebut, Cici Ko mempelawa BoBoiBoy untuk menyertai pasukan TAPOPS. Namun, BoBoiBoy menolaknya dengan alasan ingin menjaga Bumi ini. Gopal membantah dengan mengatakan bahawa sudah tiada pengacau di Bumi ini. BoBoiBoy terdiam buat seketika. Cici Ko berasa serba salah dan memberikan sedikit masa kepada BoBoiBoy untuk berfikir sementara beliau memperbaiki kapal angkasa ini.

Kembali ke angkasa, Kapten Lanun telah menggantikan cangkuknya dengan yang lebih canggih. Dengan geramnya dia bertanya siapa budak-budak yang selamatkan MotoBot. Konconya berkata bahawa BoBoiBoy adalah superhero elemental manakala Gopal adalah superhero material makanan. Kedua-dua kuasanya datang dari Power Sphera Ochobot. Kapten Lanun berasa aneh bagaimana Power Sphera tersebut mempunyai dua kuasa yang berbeza dan mempunyai kuasa teleportasi sekali.

Konconya tidak mengetahui maklumat yang lain serta tidak dapat mengklasifikasikan ke dalam sebarang kumpulan Power Sphera. Kapten Lanun berasa optimis dan ingin mendapatkan kedua-dua Power Sphera Ochobot dan MotoBot. Konconya berkata lokasi planet tidak diketahui, namun Kapten Lanun marah dan mengarahkan konconya untuk mengikut koordinat lokasi yang ada dalam cangkuk lamanya. Lalu mereka terus bergerak ke Bumi.

Di Bumi, kelihatan Cici Ko sedang berusaha memperbaiki kapal angkasa semasa waktu senja. Semasa memperbaiki kapal angkasa, beliau terperasan dengan cangkuk lama Kapten Lanun namun mencampakkannya dan membiarkannya sahaja.

Videos[]

Advertisement